CUEPACS mohon bonus kakitangan JOHOR BAHRU - Mohon pertimbang beri bonus kepada kakitangan kerajaan. Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan membuat permohonan kepada kerajaan supaya mempertimbangkan pemberian bonus pada pembentangan bajet Oktober depan. Presidennya, Omar Osman berkata, pihaknya tidak menetapkan jumlah pemberian bonus berkenaan kerana ia bergantung kepada kemampuan kerajaan. "Kita memahami keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu turut menjejaskan prestasi kewangan kerajaan. Sebab itu kita tidak tetapkan jumlahnya," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri perasmian Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Penguasa Tempatan (Anulae) Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di sini semalam. Mesyuarat tersebut dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Ahmad Zahri Jamil. Sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/c...
Bisikan Hati ... Kenapalah diri ini tidak dapat memiliki apa yang diidamkan?? .................... Firman Allah S.W.T : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia buruk bagimu, Tuhan (Allah) mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui" (al-Baqarah ayat :216)