Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2009

Kem 1 Malaysia PPD Kuching

Berikut Jadual Perkhemahan Kem 1 Malaysia Sekolah Rendah Anjuran PPD Kuching Sarawak

Berita : Sekolah Sukar Dapat Topeng "Hubungi Jabatan Pel."

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom mengarahkan sekolah yang sukar mendapatkan topeng muka untuk diagihkan kepada pelajar bagi mencegah jangkitan Influenza A (H1N1) supaya menghubungi Jabatan Pelajaran negeri masing-masing. Katanya, dakwaan ada sesetengah sekolah tidak mengagihkan alat pelindung itu kepada pelajar walaupun peruntukan khas RM2.6 juta sudah disalurkan Kementerian Pelajaran bagi tujuan berkenaan, mungkin disebabkan kehabisan stok topeng muka di pasaran berikutan permintaan tinggi yang diterima. “Kita sudah menyalurkan RM2.6 juta kepada semua Jabatan Pelajaran negeri, kira-kira dua minggu lalu untuk diagihkan kepada sekolah bagi membiayai pembelian topeng muka dan alat mengukur suhu badan. Sepatutnya semua sekolah sudah menerima peruntukan berkenaan. “Sekiranya memang ada sekolah yang belum mengagihkan topeng muka kepada pelajar disebabkan tiada stok, mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran,” katanya ketika dihubungi di sini semalam. Belia...

Berita : Selsema Babi "Kematian 59"

Kematian H1N1 meningkat kepada 59 Ogos 15, 09 2:44pm Jumlah kematian akibat Influenza A (H1N1) meningkatkan kepada 59 orang apabila Kementerian Kesihatan mengesahkan tiga orang lagi dilaporkan meninggal dunia kerana penyakit tersebut. Sebanyak 209 kes baru turut dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes keseluruhannya meningkat kepada 3,574 orang . Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Mohd Ismail Merican berkata, tiga kematian tersebut mempunyai faktor risiko, iaitu obes, masalah jantung dan asthma . Korban pertama ialah seorang lelaki berumur 22 tahun, obes, dimasukkan ke hospital pada 9 Ogos kerana simptom infuenza. Palitan tekak diambil dan rawatan antiviral dimulakan keesokannya. Dia meninggal dunia pada 12 Ogos kerana viral pneumonia dan disahkan positif Influenza A(H1N1). Seorang kedua pula ialah seorang lelaki berumur 29 tahun, mempunyai faktor risiko penyakit jantung dimasukkan ke hospital pada 10 Ogos kerana simptom influenza yang teruk selama dua hari. Palitan tekak diambil d...

Berita Lawak!!

Berita yang kawe baca jap tadi dari " malaysiakini ".. nak tergelak rasanya.. Tapi dah tergelak pun dan tergolek2... Cerita Orang Besar dalam polis diraja malaysia.. kiranya Pembesar la dia ni.... Org glamour, selalu keluar TV.. mesti kawan2 kenal... cuba tgk gambar di bawah tuuu, kenal tak? hihiihi.... Kemudian baca berita yg kawe attach kat bwah... Kemudian Sila baca berita di bawah ini.. KETUA POLIS SELANGOR KENA SAMAN TAK BAYAR DUIT TIKET - malaysiakini SELANGOR CPO SUED FOR UNPAID TICKETS A travel agency is suing Selangor police chief Khalid Abu Bakar and his wife for 'unpaid' business class air tickets from Kuala Lumpur to London and back amounting to RM41,868. Besides the ticket price, Global Holiday Sdn Bhd is seeking eight percent in interest from the date the summons was issued and also other costs and relief deemed appropriate. However, Khalid claimed that he paid the full amount to the ticketing agent who issued the tickets to him in 2007. Khalid was th...

Peringatan!!

Sedarilah.... Baca dan hayati .... 1) Arak adalah haram dan najis berdalilkan al-Quran, as-Sunnah dan Ijmak Ulamak. Orang Islam bukan sahaja dilarang minum arak, malah dilarang terlibat dengan segala yang ada kaitan dengan arak. Sabda Nabi s.a.w.; “Allah melaknat arak, orang yang meminumnya, yang menghidangnya untuk diminum (oleh orang lain), yang menjualnya, yang membelinya, orang yang memerahnya, yang minta diperahkan untuknya, orang yang membawanya, orang yang dibawa arak kepadanya dan orang yang memakan harganya (yakni hasil jualannya)”. (Riwayat Abu Daud dan al-Hakim dari Ibnu Umar. Hadis ini menurut Imam as-Suyuti adalah soheh. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 7253) 2) Jabir bin Abdullah r.a. menceritakan bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda semasa baginda berada di Mekah pada tahun pembukaannya; “Sesungguhnya Allah dan RasulNya mengharamkan penjualan arak, bangkai, babi dan patung-patung berhala”. Baginda ditanya; ya Rasulullah, bagaimana dengan lemak bangkai ...

Berita : Kuasa Pengetua Tutup Sekolah

PUTRAJAYA 12 Ogos - Semua sekolah hanya akan ditutup akibat selesema babi atau influenza A (H1N1) berdasarkan keputusan yang dibuat oleh pengetua mengikut nasihat Kementerian Kesihatan dan persetujuan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN). Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, keputusan pengetua bergantung kepada situasi dalam sekolah terbabit sekiranya kehadiran murid atau guru terlalu sedikit akibat pandemik tersebut. ''Pandemik H1N1 ini telah memasuki fasa mitigasi, oleh itu tindakan penutupan sekolah dan institusi hanya diambil sebagai pilihan terakhir. ''Tindakan penutupan itu hanya boleh dilakukan oleh pihak sekolah atau institusi apabila kehadiran pelajar sangat rendah dan pembelajaran tidak dapat dibuat dengan baik," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Tiong Lai berkata, garis panduan penutupan sekolah itu berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pandemik Influenza kali ke-11 hari ini. ''Mesyuarat itu juga mengeluarkan...

Berita : Selsema Babi 5 lagi korban

Selsema Babi : 5 lagi korban, catat 32 kematian Oleh SUHANA MD. YUSOP suhana.yusop@kosmo.com.my KUALA LUMPUR - Wabak selesema babi (H1N1) yang semakin menular di negara ini meragut lima lagi nyawa semalam menjadikan angka korban pandemik itu meningkat kepada 32 orang. Peningkatan kes terbaru itu menjadikan jumlahnya sudah mencecah sebanyak 1,983 kes dengan tambahan 203 kes yang kesemuanya adalah jangkitan tempatan. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican dalam satu kenyataannya semalam memberitahu, hanya satu daripada lima kematian itu berlaku kelmarin manakala selebihnya dicatatkan pada 5 Ogos dan 8 Ogos lalu. "Empat daripada kes kematian ini didapati mempunyai faktor risiko," jelasnya. Menurut Mohd. Ismail, pada masa kini seramai 67 pesakit sedang dirawat di hospital dan 15 orang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Bagi kes yang dirawat di ICU, enam daripada mereka mempunyai faktor risiko iaitu penghidap penyakit kronik, tiga kes obesiti, seorang ibu ya...

Bahaya Banyak Goreng Pisang Plastik Skrg!!

R amai yang tidak tahu malah tidak menyangka, pisang goreng panas lagi rangup yang nikmati bersama kopi panas setiap petang bersama keluarga sebenarnya mungkin membahayakan kesihatan. Meskipun rasa nikmat pisang manis bersalut tepung rangup itu tidak dapat dinafikan kesedapannya, orang ramai seharusnya lebih berhati-hati memilih gerai yang menjualnya makanan popular itu. Seboleh-bolehnya periksa cara penyediaan khususnya campuran ramuan tepung pisang goreng terbabit memandangkan ramuan aslinya kini tercemar dengan bahan berbahaya selepas peniaga ghairah meraih keuntungan segera tanpa memikirkan kesan sampingan tindakan mereka. Bukan prejudis atau mahu mengganggu periuk nasi sesiapa, namun sudah tiba masanya penggemar makanan ringan ini lebih berwaspada dan tidak cepat teruja menikmati pisang goreng yang dijual peniaga tanpa usul periksa, apatah lagi pisang goreng yang dijual itu menjadi kegilaan dan tumpuan masyarakat setempat. Semua orang sanggup melakukan apa saja untuk ...

Arak : Melayu Islam lagi

MANILA, Philippines-- Kirin Brewery of Japan has completed its divestment of a 19.9- percent stake in San Miguel Corp. by selling it to a group led by businessman Roberto Ongpin for about P40 billion. Some 314 million SMC B shares -- open to foreign investors -- were crossed at the Philippine Stock Exchange at a price of P63 per share on Friday, stock market sources said. Kirin earlier made a deal to sell its stake in SMC to Q-Tech Alliance Holdings Inc. Among the local incorporators of Q-Tech are Ongpin and Petron Corp. president Eric Recto. Also among the investors are Mirzan Mahathir, chairman of Crescent Capital Bhd . and eldest son of former Malaysian Prime Minister Mahathir Mohamad. - http://business.inquirer.net/ link tambahan: http://www.bloomberg.com/

Guru GPI j-QAF Meninggal - "al Fatihah"

الســــــلام عليـــكم..... Makluman untuk sahabat semua... Sahabat kita dari Tumpat, Kelantan meninggal dunia lemas di Sungai Lubok Antu, Sri Aman, Sarawak tengahari semalam 9 Ogos 2009. Kawe menerima berita tersebut pada hari semalam 9 ogos jam 2.40 ptg dari Ust Saifuddin yg mengajar di Sri Aman. Arwah : MOHD SABRI BIN YUSOFF bernombor k/p : 820724-03-**** Guru BAHASA ARAB Kohort 2006 mengajar di SK LUBOK ANTU (YBB2302), Bahagian SRI AMAN. Kawe difahamkan oleh Ust Awang PPD Kuching, jenazah beliau dijangka bawa balik ke Tumpat , Kelantan malam ini 10 ogos 2009 jam 8.00 mlm dengan penerbangan MAS dari Airport Kuching, Sarawak... Al-Fatihah... Sama-samalah kita berdoa moga-moga rohnya mendapat Redha Allah sebagai Syahid...

Berita : 3 Juta Murid Rugi Jika Teruskan PPSMI

PERTH 8 Ogos - Dianggarkan tiga juta murid akan keciciran dalam penguasaan bahasa Inggeris jika dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tidak dimansuhkan. Ketika menjelaskan sebab kerajaan tidak meneruskan dasar itu kepada 1,000 pelajar Malaysia di sini malam tadi, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pemansuhan itu mengambil kira ketidakupayaan majoriti murid menguasai bahasa Inggeris semasa mengikuti dua subjek berkenaan. Timbalan Perdana Menteri turut menarik perhatian mengenai kunjungannya ke sebuah sekolah di Senawang, Negeri Sembilan sebelum ini dengan melihat sendiri praktis pembelajaran PPSMI di sebuah kelas di situ. ''Apabila guru menyoal dalam bahasa Inggeris, pelajarnya tidak faham dan setelah ditanya apakah bahasa yang dia ingin ditanya, jawab pelajar itu adalah lebih mudah dalam bahasa Malaysia. ''Jadi, kalau pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil menggunakan bahasa ibunda mereka untuk PPSMI, men...

Melayu ISLAM Tauke Carlsberg

Y.A.M. Tunku Naquiyuddin, (tengah) Jen (B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali (kiri) dan Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin (kanan) Siapakah mereka ini? Orang Melayu Islam.... Sila layari dan dapatkan jawapan.... http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/hsubweb.nsf/1c0706d8c060912d48256c6f0017b41c/48256aaf0027302c48256b8b0036a2a5/$FILE/Carlsbg-Products-CorpInfo-DirectorsProfile%20%28725KB%29.pdf Ini satu lagi berita yang sungguh mengejutkan di negara Islam Malaysia. Sama ada ia disedari atau pun tidak, sengaja atau pun tidak atau memang sudah tidak dapat dielakkan ternyata berita ini amat memalukan dan tidak wajar berlaku di negara kita. Ia berikutan, terdapat laporan dan bukti tentang pembabitan beberapa orang pembesar negara dan kerabat di raja (Rujuk juga 7 wasiat raja2 melayu) .... mereka menjadi ahli lembaga sebuah kilang arak terbesar di Malaysia iaitu Carlsberg Brewery Malaysia Berhad. Kerabat diraja yang dimaksudkan ialah Y.A.M. Tunku Naquiyuddin ibni Tuanku Ja’afar, Manaka...

Berita : Selsema Babi 8 Kematian

8 lagi kematian A (H1N1) dikesan Adakah Malaysia masih lagi selamat?? walaupun tiap2 hari rakyat malaysia mati ekoran Selsema Babi H1N1.......... KOTA KINABALU: Lapan lagi kematian akibat Influenza A (H1N1) disahkan hari ini, menjadikan jumlah kematian kepada 26 di negara ini. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, tujuh kematian melibatkan kumpulan berisiko tinggi dan sesetengahnya dilaporkan lewat berikutan bedah siasat untuk kajian dan pengesahan punca kematian. Beliau berkata, satu kematian dicatatkan pada 3 Ogos, diikuti dua lagi (5 Ogos), empat (6 Ogos) dan satu lagi pada 8 Ogos," katanya kepada pemberita pada majlis penamaan semula Hospital Likas kepada Hospital Wanita dan Kanak Kanak Sabah di sini hari ini. Liow berkata, dua daripada kes itu adalah dari Sabah. Katanya, yang pertama melibatkan seorang wanita obes berumur 24 tahun yang dirawat di Hospital Ranau pada 1 Ogos, yang mengalami demam dan batuk selama empat hari. Wanita itu kemudian dirujuk ke Hos...

Berita : WartaWANG Kosmo

Emm, tengok kenyataan akhbar nie dahulu... kemudian dipersilakan baca entry di bawah..

Wartawan KOSMO & UTUSAN - WartaWANG !

Misi Royalti Bertukar Misi Maut..? Pagi ni aku dapat call seawal jam 7:00 pagi dari sorang member blogger mintak aku pergi kedai segera lepas tu beli akhbar Kosmo sebab ada berita hot katanya... berkenaan dengan Misi Royalti anjuran Kerajaan Negeri Kelantan. "kau ikut sekali dalam misi tu, aku tak nak tanya kau sekarang apa sebenarnya yang berlaku... aku nak tunggu kau jawab dalam website kau..!" tu kata member yang call aku... Jadi aku start motor cabuk pak sedare aku, pergi kedai, beli Kosmo... "Misi Royalti Bertukar Misi Maut" - tu tajuk utama sebelah kiri bawah Kosmo... artikel penuh di muka surat 13 (ni pertama kali aku beli Kosmo... sebelum ni aku tak pernah layan akhbar bodoh ni)... "Pengalaman mengerikan apabila terpaksa menyabung nyawa dilautan"... itu kata Khairi (wartawan Kosmo) dalam laporannya... aku tak nak ulas lagi bab tu, yang tu aku biarkan dulu dan aku akan jawab dihujung artikel ni. Khairi (wartawan kosmo) mempertikaikan tindakan p...

Berita : PM "H1N1 ancam negara, elak tempat awam"

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata wabak influenza A (H1N1) kini telah menjadi ancaman serius kepada negara dan menasihati orang ramai supaya tidak menghadiri majlis perhimpunan di tempat-tempat awam. Beliau meminta semua rakyat mengambil langkah pencegahan secara menyeluruh ekoran angka kematian H1N1 meningkat kepada 14 orang sehingga semalam dan banyak sekolah dan institusi pendidikan tinggi ditutup kerana terdapat kes jangkitan. "Kalau (majlis) perhimpunan itu tidak perlu, tidak perlulah melainkan ada sesuatu mendesak. Tapi bila ada perhimpunan, kita akan tambah risiko kita kerana penyakit ini akan merebak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Industri Sukan Malaysia di ibunegara hari ini, lapor Bernama. Selain menangguhkan kegiatan di kawasan umum, Najib berkata langkah pencegahan daripada segi kebersihan boleh dilakukan seperti membasuh tangan dan memakai topeng terutama ketika berada atau hadir dalam majlis yang terbuka. "Dari seg...

Pengakuan Chef Hotel (Status Halal Makanan)

Halal kah makanan di Hotel?? Beberapa hari yang lepas, sekiranya anda mendengar siaran Radio 24 bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada jam 2 pm, terdapat satu wawancara yang sangat menarik di antara Pengulas Radio 24, Tokki dan 2 orang Chef. Isu ini begitu menarik sehinggakan saya terasa rugi jika tidak mendengar celoteh mereka walaupun hanya hendak bangun ke tandas. Isu kepenggunaan kali ini ialah tentang Halal atau Tidak Halal Makanan yang Dihidangkan di Hotel 5 bintang. Seperti yang kita maklum, waktu orang Islam berpusu-pusu untuk makan di Hotel 5 bintang ialah ketika bulan Ramadhan. Bukan sahaja individu, malah syarikat-syarikat juga menjamu pekerja-pekerja dan pelanggan masing-masing di Jamuan Berbuka Puasa di Hotel 5 bintang. Maklumlah, Setelah penat dan lapar berpuasa pada siangnya, tentulah waktu untuk berbuka itu sewajarnya diiringi dengan juadah-juadah yang lazat dan sedap. Tetapi jangan terkejut kerana hidangan anda di Restoran 5 Bintang itu belum tentu HA...

Program 360 di TV3.. Buat laa jugak Laporan di S'wak nie

Jap tadi selepas tengok Berita Putar Belit TV3 suku... kawe tengok rancangan 360 yang di hoskan oleh Mazidul.... yang peliknya kenapa la berita dikupas kat semenanjung aje... terutama kat Selangor.... Jangan la berat sebelah... acu cuba mari tengok kat Sarawak... Kat kuching ni... nama aje bandaraya tapi masih ramai dan ada lagi tinggal rumah kotak kat sekitar tanah perkuburan... itu orang ISLAM... bunyi BAITULMAL Sarawak banyak duit.. dan duit setiap dari gaji orang islam yang bekerja diambil dan dipotong untk dimasukkan ke dalam BAITULMAL... tapi tengok2 asyik2 beli pajero dan kenderaan baru untuk BAITULMAL aje..... Orang Islam kat Sarawak melarat....... jangan pandai dok kempen dan bercakap supaya gaji dipotong dan bayar zakat kat BAITULMAL!!! cuba la dedah hal ini.... ini tidak, sembunyi aje... berat sebelah.... TV3 suku... mailah kat Kuching ni... buat siasatan dan dedahlah kesusahan orang islam dibumi yang bunyi aje kaya.. tapi miskin.... nak marah nie.... nasib la orang semanjun...

Berita : Terkini Selsema Babi

12 Mati Akibat Selsema Babi ; Terkini di Johor Seorang lagi kanak-kanak, berusia 6 tahun, meninggal dunia 2.30 pagi ini di Hospital Batu Pahat akibat wabak selesema babi A (H1N1), menjadikan jumlah seluruhnya 12 orang meninggal dunia di seluruh negara sejak dua minggu lalu . Dua korban terbaru wabak tersebut yang dilaporkan sebelumnya terjadi di Melaka. Seorang lelaki 20 tahun dan remaja 12 tahun dari negeri itu - masing-masing menghidap lelah dan kegagalan buah pinggang - menjadi korban terbaru kes selepas kematian kanak-kanak tiga tahun disahkan akibat virus tersebut. Mangsa kesembilan Iffah Syazwina Samsuddin dilaporkan meninggal dunia pada 4.30 petang semalam di Hospital Melaka. Korban kelapan membabitkan seorang guru 51 tahun dari Kuala Selangor yang meninggal dunia Ahad lalu. Sekolah tempat guru itu mengajar ditutup pada 27 Julai. Setakat ini, 1,476 kes selesema A (H1N1) dilaporkan di seluruh negara, termasuk 16 kes terbaru termasuk kematian tersebut. Kematian-kematian lain : Kor...

Spirulina Pig Waste!!

Orang memperkatakan Spirulina elok, ok dan macam2 lagi...Ramai di kalangan kita yang membeli dan memakan tablet yang bernama SPIRULINA tersebut.. adakah kita pastikan ianya halal???.. sekarang banyak SPIRULINA yang dijual dipasaran.. antaranya dari ELKEN , COSWAY dsb... ada org kata Spirulina dari ELKEN paling ok... ye ke?? Oleh itu kita kena periksa dan check dulu.. yang penting pastikan ianya HALAL .. dan jika tak ada logo HALAL .. tidak disahkan HALAL .. bacalah artikel di bawah...... Gambaran Spirulina yang diternak INGAT!! BERHATI-HATI DENGAN SPIRULINA YANG MENGGUNAKAN NAJIS KHINZIR SEBAGAI BAJA! Spirulina yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia adalah Bersih Dan HALAL, Kenapa dikatakan bersih? Spirulina yang dihasilkan di Malaysia adalah melalui kaedah saintifik mengikut formula baru penanamannya. Spirulina yang diImport dari luar negara ternyata menggunakan baja yang tidak begitu baik untuk kesihatan malah ada yang ditanam dikawasan penternakan KHINZIR. Pelbagai Kajian oleh ramai s...

Wan Rabiatul Adawiyah Ver. 4

Bebaru nie, minggu lepas... kawe berkesempatan kelik ke Semenanjung.. Semenanjung Tanahairku.. bukan Sarawak Tanahairku dan hari Isnin tu kawe ambil CRK.. " C uti R abu K hamis" hihihihi :) lagipun abah kawe ada temujanji buat rawatan pakar kat Hospital Kota Bharu, Kelantan.. Bertemu/temujanji dengan doktor pakar jantung.. rawatan sakit jantung.. doa semoga abah cepat sembuh.. Insya Allah.. Kawe kelik pada hari Jumaat : 24 Julai 2009.. mengikut time asal flight dari Kuc ke Kul jam 5.00 ptg.. tapi flight AirAsia tu delay sampai lah jam 7.30 mlm.. hampeh punya AirAsia.. selalu aje delay... ni bussnieess punya kepala hotak... nak gabungkan penumpang dari 2 flight menjadi 1 flight... selepas tu delay tu tak ada pulok dimaklumkan, hantar masej ke.. bagitahu laa penerbangan tu delay.. lama kawe menunggu kat airport.. dah laaaa sekarang musim selsema BABI... jika ada makluman boleh kawe pi lewat sikit ke airport.. tak la lama sangat dok kawasan merbahaya 'dangerous zone'......